Khamis, 28 Jun 2012

Jualan Kurma Yusuf Taiyoob 2012 Kembali

**TEMPAHAN HARGA BORONG MELEBIHI 1 KOTAK LAYAK MENDAPAT 10% DISKAUN UNTUK KOTAK SETERUSNYA. :-)**

**TEMPAHAN HARGA RUNCIT MELEBIHI RM80 MELEBIHI LAYAK MENDAPAT 5% DISKAUN UNTUK JUMLAH KESELURHAN TEMPAHAN. :-)**


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah pada tahun ini Yummy&Goodish kembali lagi untuk meraikan kemeriahan dan keindahan Ramadhan anda dengan hidangan kurma yang popular dan bermutu tinggi dari Yusuf Taiyyob. Suka diingatkan bahawa kurma seharusnya bukan sahaja baik dinikmati pada bulan Ramadhan, malahan ia seharusnya dijadikan makanan seisi keluarga kerana ia mengandung khasiat yang tinggi seperti  protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Sabda Rasulullah s.a.w. yang  bermaksud: 



"Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan".


Seperti tahun-tahun yang lalu, hasil jualan pada tahun ini juga akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim. Mudah-mudahan kita bukan sahaja mendapat menikmati kelazatan dan khasiat buah kurma, malahan berpeluang berkongsi kegembiraan Ramadhan dengan anak-anak yatim yang dimuliakan Allah dan Rasulullah S.A.W. ini.


Bagi pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan kurma, bolehlah membuat tempahan mulai sekarang bagi memastikan anda mendapat stok yang secukupnya memandangkan permintaan sangat menggalakkan apabila tibanya bulan Ramadhan dan risiko kesukaran mendapat stok baru dalam masa yang singkat akan dihadapi sekiranya anda tidak menempah lebih awal.

Selamat membuat persiapan menyambut Ramadhan yang sekian lama dirindui... :-)

Wassalam...